Era Television (TV) telah memasuki era baru dan serba moden.
Dahulu, TV cuma colour hitam & putih sahaja pada era 60an. Jika kita menyambut Merdeka selalu ditayangkan klip video Tunku Abdul Rahman melaungkan kata-kata Merdeka!Merdeka!Merdeka! dalam gambar hitam putih.

Contoh TV hitam putih zaman 60an.

Peralihan zaman berlaku dalam era 70-80an dimana terciptanya TV yang berwarna. Mungkin Malaysia lambat menerima pembaharuan jika dibandingkan negara-negara maju lain seperti America, Eropah dan Jepun. Cerita-cerita dalam format berwarna pun lambat diaplikasikan sebagai contoh cerita P. Ramlee. Tetapi TV jenis CRT TV telah memasuki tempoh yang panjang dan harganya pun boleh dikatakan agak mahal pada masa itu.

Dunia sekali lagi telah melangkah ke-era pemodenan dengan terciptanya TV plasma. TV LCD telah tercipta lebih awal tetapi penggunaannya kurang meluas dan teknologi pada masa itu masih sederhana menyebabkan kos nya terlalu mahal. Banyak pengunaan LCD cuma pada Komputer Riba (Laptop). Dulu sesiapa yang ada Laptop boleh dikatakan orang kaya sebab harga dulu memang terlalu mahal. Sama juga yang ada handphone pada era 90an. Orang kaya je yang ada. Tapi sekarang, boleh dikatakan semua orang sudah ada handphone dari budak2 yang belum sekolah, pelajar sekolah rendah, menengah dan U, orang berkerja dan suri rumah yang tidak berkerja hinggalah golongan yang telah berkerja dari peringkat bawah hingga atasan. Kalo cleaner pun boleh ada handphone lagi lah yang golongan atasan lain. Makin tinggi pangkat maka makin canggih lah handphone tu. Tapi ada jugak budak sekolah yang belum lagi bekerja dah pakai handphone canggih mengalahkan Manager (iPhone 4S). Ops setakat ini tentang handphone, mungkin akan buat post khas tentang ini. Menarik jugak.
Dengan teknologi yang semakin berkembang pesat maka terciptalah TV Plasma.

Kalau tengok dekat wikipedia, Plasma TV telah dibuat kajian sejak tahun 1970 lagi. Kerana teknologi masih lagi banyak yang kurang ianya masih belum boleh dikormesialkan. Sebabnya, Plasma TV 42" pada tahun 1997 berharga USD 14,999.00 (RM50,000). Huh... mahal gila... Sekarang 42" Plasma TV berharaga RM1,500.00.
Pada mulanya, plasma terdapat dalam saiz 32" tetapi sekarang saiz yang paling kecil adalah 42". Ini kerana Plasma sesuai bagi saiz skrin yang besar dengan 42" dan keatas. Jika kecil kos nya lagi mahal dan mungkin juga Plasma tidak sesuai untuk teknologi skrin kecil. Konsep TV plasma adalah elektrik dialirkan kedalam salur yang diisi dengan gas yang ada sel-sel molekul kecil seperti dibakar dengan elektrik tersebut dan maka terjadinya Plasma. Pengilang2 seperti LG, Samsung, Panasonic dan lain-lain lagi berlumba-lumba dalam mengasilkan plasma yang terbaik.
Terdapat banyak kebaikan Plasma TV berbanding dengan LCD dan LED. Jika search dekat Google TV Plasma vs LCD vc LED, banyak web mengatakan TV Plasma adalah yang terbaik bagi scrin yang bersaiz besar. Antara kebaikan Plasma adalah

- Sudah tentu Harga yang paling murah sekali berbanding LCD dan LED. Ini kerana pembuatan TV plasma telah dikormesialkan terlebih dahulu berbanding LCD dan LED. Pengilang juga mempunyai kelengkapan yang cukup dalam penghasilan TV Plasma berbanding lain. Sudah tentu kuantiti yang banyak dipasaran menyebabkan TV Plasma begitu murah. Tetapi sekarang ini telah ada tanda-tanda TV Plasma dan LCD harga lebih kurang sama. LED lebih mahal kerana teknologinya masih baru.
- Gambar yang lebih baik. LED pada rank no 2 dan LCD no 3. Apa yang diterangkan dibanyak Website, TV Plasma beroperasi dengan begitu baik dalam penghasilan cahaya terutama cahaya hitam. Yang difahami cahaya hitam cuma tiada apa-apa cahaya (gelap), tetapi dalam perbanding untuk TV Plasma, LCD dan LED, konsepnya adalah seperti kadar kecerahan. Ialah tu kot. Untuk pengetahuan LCD dan LED adalah konsep teknologi yang sama sahaja cuma LED adalah upgrade dari LCD dengan menambah lampu LED dibelakang skrin.
- Kurang blur atau bermaksud kelajuan gambar-gambar. Kalau menonton movie, sukan atau main games memang sesuai kerana pergerakan yang laju. Plasma memberi petukaran gambar yang sangat laju berbanding LED dan LCD.
- TV plasma mengunakan elektrik yang lebih berbanding LCD dan LED tetapi lebih baik dari TV biasa. Ini kerana tenaga elektik ditukarkan kepada tenaga haba. Itulah sebabnya TV Plasma lebih panas dari LCD dan LED. Terdapat juga kajian yang mengatakan TV Plasma hanya lebih sedikit jer pun tak banyak bezanya. Kalo banding TV 42" Plasma dengan TV 32" LCD memanglah tak sama.
- Tak ada skrin kecil bawah 42" maka tak sesuai nak letak kat tempat yang biliknya kecil seperti dalam lif, dalam bas, dalam tandas, dapur dan lain2 tempat.
- Tidak sesuai untuk pengcahayaan bilik yang terang. Kalau bilik gelap akan memberi gambar yang sangat jelas.
Apa-apa pun TV Plasma adalah yang terbaik. Kita tunggu pulak teknologi baru apa yang akan keluar. Sekarang pun dah ada Smart TV 3D. TV dah boleh jadikan komputer untuk search internet dan skrin boleh sentuh.
No comments:
Post a Comment